BRUNEI MUARA, Jumaat 16 Julai - Tiga (3) orang individu telah ditahan oleh
keanggotaan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL), hasil daripada
rondaan yang dikendalikan pada sekitar waktu tengah malam 16 Julai 2021 di
kawasan letak kereta Jalan Kustin Gate 6A, Berakas.
Insiden penahanan tercetus bilamana 3 orang individu berkenaan telah didapati
berada di dalam kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan.
Sejurus siasatan dan pemeriksaan kenderaan dijalankan telah menemukan beberapa
peralatan dan bungkusan kecil dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Seorang suspek (pemandu) merupakan seorang lelaki manakala dua (2) orang
penumpang adalah perempuan. Ketiga-ketiga mereka merupakan warga asing dalam
lingkungan di bawah umur.
Keanggotaan bertugas segera menghubungi Pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi
penyerahan suspek dan bahan-bahan bukti untuk tindakan lanjut pihak berkenaan.
PPDB melalui JSKLL akan sentiasa meningkatkan kekerapan rondaan dan
pemeriksaan rambang di kawasan-kawasan mencurigakan dalam tujuan pencegahan
dan memastikan negara ini sentiasa terkawal dari segala kegiatan-kegiatan yang
melanggar perundangan di Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI