Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SEKATAN JALANRAYA TAHAN SEORANG INDIVIDU

​GADONG, Khamis 9 Sept - Seorang pemandu telah ditahan semasa sekatan jalanraya yang dikendalikan oleh keanggotaan Jabatan Siasatan & Kawalan Lalulintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 9 September 2021 di kawasan Kg Beribi, semalam. 

Penahanan dibuat hasil daripada pemeriksaan kenderaan yang dijalankan dan telah menemukan 2 buah kotak besar yang mencurigakan diletakkan di kawasan tempat duduk penumpang kenderaan. 

Pemeriksaan kemudian dilakukan ke atas kotak-kotak berkenaan dan telah mendapati barangan tegahan iaitu rokok berjumlah 74 katon dan 7 paket pelbagai jenama. 

Pemandu (suspek) berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 34 tahun dan kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bersama barang rampasan bagi siasatan lanjut. 

PPDB melalui JSKLL akan sentiasa menjalankan rondaan dan sekatan jalanraya di kawasan-kawasan yang ditetapkan bagi memastikan para pemandu serta penumpang jalanraya akan sentiasa akur dan patuh akan garis pandu dan perundangan yang telah ditetapkan semasa musim pengawalan penularan wabak COVID-19 di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments