Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLMAR GAGALKAN PERCUBAAN PENYELUDUPAN

​MUARA, Isnin 11 Okt - Sebuah bot kecil berhasil ditemui tanpa sebarang pemandu oleh keanggotaan Peronda Sungai Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan perairan Kg Sungai Bunga kerana dipercayai cuba untuk melarikan diri kerana membawa bersamanya barang tegahan iaitu rokok. 

Kejadian berlaku pada 11 Oktober 2021, sekitar awal pagi semasa Polis Peronda Sungai membuat rondaan di kawasan perairan Sungai Brunei dan telah menemukan dua (2) buat bot yang sedang menghala ke kawasan perairan Tanjung Kindana dalam keadaan mencurigakan. Sebaik menyedari akan kehadiran Pihak Polis, kedua-dua bot berkenaan segera berpecah dan berpusing, salah sebuah bot menghala ke perairan negara jiran, manakala sebuah bot lagi menghala ke kawasan Kampung Perpindahan Sungai Bunga. 

Bot yang mencurigakan berjaya ditemui dan ditahan akan tetapi pemandunya telah sempat melarikan diri. Pemeriksaan segera dijalankan ke atas bot berkenaan dan telah menemukan sebanyak 380 katon rokok pelbagai jenama. 

Kesemua penemuan barang tegahan termasuk bot suspek dirampas dan diserahkan kepada Pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan dan siasatan lanjut. 

PPDB akan meningkatkan kekerapan rondaan dan pemeriksaan rambang di kawasan kawalan bagi memastikan negara bebas dari jenayah rentas sempadan. 

Di samping itu, PPDB juga mengingatkan kepada masyarakat agar memainkan peranan sewajarnya sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan tampil atau mengongsikan membuat laporan jika mengesan aktiviti dan individu yang mencurigakan di kawasan mereka. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments