Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PPDB TERIMA PINGAT KERJA LAMA POLIS (P.K.L.P)

GADONG, Khamis 16 Jun - Seramai 309 orang pegawai dan anggota pangkat rendah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menerima Pingat Kerja Lama Polis (P.K.L.P) dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat, Pasukan Polis Diraja Brunei, Gadong hari ini. 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB. 

Turut hadir Yang Mulia Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan PPDB serta para penerima-penerima pingat. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar dan kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian pingat-pingat kepada para penerima yang disampaikan oleh tetamu kehormat. 

Penganugerahan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada para penjawat awam yang telah berkhidmat selama 20 tahun. 

Di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, pengiktirafan ini juga dapat meningkatkan dan menyuntik motivasi para penerima untuk terus mencurahkan bakti pada kerajaan dan juga negara.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments