Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksJabatan Logistik

MISI

 

Untuk menyediakan keperluan logistik dan teknikal dengan segera dan sempurna serta menjimatkan kos kepada Pasukan.



VISI

 

Untuk menjadi sebuah Jabatan yang mempunyai keupayaan tinggi dalam menyediakan perkhidmatan yang diperlukan dan bantuan teknikal ke arah keamanan kekal dan keselamatan Negara.


STRUKTUR​


Jabatan Logistik pada mulanya adalah di bawah pengurusan dan seliaan Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan. Pada tahun 2004, struktur dan organisasi Pasukan telah dikemaskini di mana Jabatan Logistik telah ditubuhkan berpandukan kepada keadaan, kesesuaian dan keperluan semasa.
 
Pada 1 Januari 2011, beberapa bahagian yang berasal dari Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, telah dikeluarkan dan diserapkan ke dalam Jabatan Logistik seperti Bahagian Teknologi Maklumat (IT), Bahagian Projek dan Pemeliharaan Bangunan, dan Unit Rancangan Kemajuan Negara (RKN).



PENGENALAN


Jabatan Logistik adalah salah satu Jabatan di dalam Pasukan Polis Diraja Brunei dan mempunyai (8) lapan bahagian iaitu : 
  • Bahagian Kuartermaster
  • Bahagian Perhubungan
  • Bahagian Pemeliharaan Elektrik dan Peralatan Keselamatan Lapangan Terbang
  • Bahagian Persenjataan
  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Pengangkutan dan Bengkel
  • Bahagian Projek dan Pemeliharaan Bangunan
  • Bahagian Teknologi Maklumat


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


  • Memastikan keperluan logistik dan teknikal yang mencukupi untuk Pasukan.
  • Melindungi dan memelihara aset Pasukan.​
  • Memberikan bantuan teknikal dan mekanikal
  • Menguruskan Projek Rancangan Kemajuan Negara.



HUBUNGI KAMI

Emel : logistic@police.gov.bn