Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPEKERTI

​​

LATAR BELAKANG


1. Perkumpulan ini dinamakan "PERKUMPULAN KEBAJIKAN ISTERI DAN KELUARGA POLlS". Nama ringkasnya "PEKERTI" adalah dipetik dari huruf-huruf dalam ejaan nama Perkumpulan.


2. PEKERTI ditubuhkan pada 13 Disember 1985 dan didaftarkan pada 20 Februari 1988.


3. Pada Bulan Ogos 1987, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha binti AI-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan untuk menjadi penaung perkumpulan ini.


4. Matlamat perkumpulan ini ialah:

- Untuk mengeratkan perasaan Muhibbah dan silaturrahim di kalangan ahli-ahli perkumpulan tanpa mengira ugama, bangsa, puak dan kedudukan.

- Untuk meluaskan pengetahuan am dan pengalaman anggota-anggotanya.

- Untuk merancang kegiatan-kegiatan perkumpulan dari segi didikan, urusan rumah tangga, kebajikan, keugamaan, sukan dan sosial.


5. Pengertian Logo. 



Logo PEKERTI mengandungi:

5.1   Bentuk Orang 

Bentuk orang yang berlatar belakangkan warna biru melambangkan bahawa ahli-ahli tediri daripada keluarga Pasukan Polis Diraja Brunei


5.2   Bentuk Bulatan

Bentuk Bulatan warna kalas (merah jambu) melambangkan bahawa ahli-ahli PEKERTI adalah terdiri daripada wanita. Di samping itu, bentuk bulatan juga bermaksud perpaduan dan permuafakatan di kalangan ahli-ahlinya.


5.3 Bentuk Daun

Bentuk daun berwarna hijau melambangkan ke-Islaman iaitu sebagai pendokong dan garis pandu dalam semua kegiatan perkumpulan seperti kebajikan, sosial, pendidikan dan sukan. Bentuk daun berwarna biru melambangkan bahawa semua ahli-ahli PEKERTI akan sentiasa mendisiplinkan diri sendiri dalam membentuk keperibadian dan sentiasa menghayati keharmonian bersama keluarga, jiran dan handai taulan dalam membentuk keluarga bahagia.


5.4 Bentuk Reben

Reben berwarna biru dan hijau adalah menjadi sandaran utama kepada logo tersebut yang sekaligus menekankan bahawa segala kegiatan perkumpulan sentiasa berpandukan kepada aspek-aspek ke-Islaman.


6. Kelayakan untuk menjadi ahli perkumpulan ialah:

6.1  Isteri pegawai-pegawai polis yang berpangkat dari Inspektor Percubaan ke atas.

6.2 Isteri anggota polis pangkat rendah dari mata-mata hingga ke pangkat Sarjan Mejar (R&F) termasuk isteri anggota polis tambahan (APO).

6.3  Semua anggota polis wanita termasuk APO dan anak-anak perempuan mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

6.4 Isteri kakitangan awam dan wanita yang bekerja dengan Pasukan Polis Diraja Brunei. Keahlian mereka adalah secara permohonan.

6.5  Keahlian ahli-ahli PEKERTI adalah secara automatik kecuali bagi ahli-ahli yang termasuk dalam perkumpulan bahagian 6.4.

6.6 Ahli-ahli PEKERTI tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam persatuan-persatuan lain, melainkan atas arahan dan kebenaran Pesuruhjaya Polis.



AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PEKERTI


1690849929425.jpg

1690849929418.jpg




Carta.png